Wednesday, December 24, 2014

Log In Sistem Pengurusan Sekolah SPS

Log In Sistem Pengurusan Sekolah SPS
Log In Sistem Pengurusan Sekolah SPS

Log In Sistem Pengurusan Sekolah SPS

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah 

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah akhirnya seperti yang di harap-harapkan oleh semua guru di seluruh Malaysia akhirnya tercapai juga iaitu sebuah web iaitu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan menjadi satu-satunya website untuk guru, pentadbir dan murid dimana semua website yang berkaitan akan di gabungkan atau di integrasikan kedalam hanya sebuah website SPS ini sahaja.

Berita baik ini dikongsikan melalui surat siaran berikut.


Jika guru tidak jelas boleh juga download surat siaran ini yang disalin isinya oleh SGO.

Download :

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah 
Selain itu, SGO akan kongsikan surat siaran pelakasanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dibawah:

Semua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg, Datuk/ Tuan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 21 TAHUN 2014

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Dengan Hormatnya Perkara tersebut di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KPM sedang berusaha memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan mengambil kira pengintegrasian data kepada satu data tunggal bagi murid, guru dan sekolah. Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan muta perkhidmatan KPM.

3. Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua Sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps. Sistem-sistem lain yang sedia ada akan ditamatkan dari semasa ke semasa setelah pengintegrasian selesai. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
4. YBhg. Datuk/ Tuan adalah dipohon untuk mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Tuan.

Sekian, terima kasih
Guru-guru boleh ke lawan web Sistem Pengurusan Sekolah SPS di Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) atau di blogspot Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah uploaded by EduWeb SGO